Kepada Pelawat Yang Dikasihi !!
Assalamualaikom dan Salam Sejahtera!!
Daftar di Monsun Blog Komuniti
Lawati Forum Komuniti Monsun dan Daftar
Pengumuman !!
Sebarang isu, tulisan dan komen adalah bersifat peribadi dan bukanlah menggambarkan kenyataan dari pihak pengurus Monsun-biz.com dan MIRSB semata-mata kecuali yang dinyatakan. Web ini hanyalah Platfom untuk menyebarkan dan berkongsi idea,nasihat,tip dan pengalaman anda.
Assalamuaikom dan Salam sejahtera,
Berikutan pihak pengendali server yg lama akan menutup operasinya, laman monsun blog komuniti dan noorem akan mneggunakan server yang baru.
Server baru ini akan berada dibawah pengurusan penyedia hosting terbaik Malaysia iaitu Exabytes. Dan diharap masalah-masalah DNS propogation dapat diatasi.
Dengan spec Dual Quard Core CPUs Server ditambah dengan RAID10 Hard Drives dan beberapa Giga RAM, pastinya membolehkan laman web noorem dan rangkaiannya beropersai dengan lebih stabil lagi.
Proses pemindahan akan dilakukan pada hari ini sekitar 10 pagi dengan ETA 8-12 jam.
Sekian harap maklum…
Assalamualaikom dan salam sejahtera,
Setelah pihak pengurusan monsun-biz menutup laman web mereka, maka tidak ada apa-apa lagi untuk saya coretkan disini.
Keputusan untuk menutup blog ini mungkin sesuatu yang berat pada saya, namun saya tetap kena menerima kenyataan bahawa saya sudah tidak ada apa-apa lagi untuk membantu monsuner.
Traffik dari enjin carian dan backlink site lain boleh tahan jadinya saya akan membuat permanent redirection atau mengekalkannya sebagai satu laman bersejarah…huhu.
Urusan i-gomobile mungkin boleh dilihat melalui http://monsun.noorem.com/laporan . Anda boleh bertanya kepada Jacky (technichal i-gomo) melalui nombor telefonnya.
Sekiranya ada pihak yang boleh memberi lebih info mengenai status i-gomo dan monsun-biz, ianya amat dialu-alukan.
Sekian,
Wassalam
Assalamualaikom dan salam sejahtera!
Kepada sesiapa yang pernah atau biasa menonton video-video dari tv3 , ntv7 , 8Tv , Tv9 dan Gua Tv anda kini boleh mendownload atau memuat turun video pilihan anda terus ke komputer.
Memang ada banyak aplikasi dan plugin/addon untuk anda mendownload video-video Media Prima tv ini. Tetapi info dan teknik tersebut sudah banyak diketengahkan di internet.
Namun mendownload dari laman web pihak ketiga (3rd Party site) juga amat mudah. Justeru saya memperkenalkan kepada anda laman web untuk mendownload video-video Tv3, Ntv7, 8Tv, Tv9 dan Gua Tv melalui:
Nama Web:

Alamat:
http://mpvideo.us.to
Browser Support:
FireFox (cadangan), IE (yang baru).
Cara Guna:
mpvideo hanya memerlukan anda memasukkan alamat asal pautan ke video yang anda tonton dari video tv3 , ntv7 ,8tv ,tv9 atau Gua Tv.
Kemudian mpvideo akan cuba untuk menyediakan kepada anda alamat asal video pilihan anda.
Nikmatilah…
Assalamualaikom dan salam sejahtera!
Baru-baru ini tuan Cloud a.k.a (admin jutaklix.com dan DreamSyndicate) telah melancarkan projek baru untuk semua rakyat Malaysia dan Monsuner khususnya.
Berkonsepkan kedai online affliate, setiap link referal yang anda bawa akan membawa kepada keseluruhan affliate produk di kedai online tersebut.
Untuk maklumat lanjut anda bolehlah mengunjungi forum monsun:
http://www.forum.monsunbiz.co.cc/showthread.php?t=205
Sekian wassalam.
Assalamualaikom dan salam sejahtera.
Sejak 3-4 bulan lepas, sistem janaan RSS 1.0 Monsun-biz sudah tidak berfungsi. Ya la masa tu salah satu laman web saya kena “Hack” dan mereka siap selitkan “SHELL SCRIPT” atau “File InCulsion” atau file kawalan jauh yang mana boleh menyebabkan kesemua fail-fail laman dan akses ke database boleh dicuri tanpa perlunya akses ke Plesk/C Panel.
Selepas berang dengan kejadian tersebut, aku terus CHMOD (ubah keizinan) fail kepada 664 sahaja. Dan tidak sedar bahawa ia akan menjejaskan fail XML (jenis fail yg biasa digunakan untuk RSS) yang berfungsi sebagai “CACHE” (janaan akan menghasilkan fail xml baru dan disimpan untuk diakses). Ini menyebabkan skrip janaan tidak dapat “overwrite” fail xml yang lama.
Masalah ni baru sahaja aku tahu setelah menggunakan “HTTP TRACER” (menjejaki kod dan kandungan yang dihantar/diterima melalui internet pada port 80). Alhamdulillah masalah tersebut telah diselesaikan.
Monsun RSS FEED 1.0 Top 10 Latest Lot/Product
Kemaskini senarai produk/khidmat terbaru di Monsun-biz tanpa anda sendiri perlu ke monsun-biz.com!
Assalamualaikom dan Salam Sejahtera,
Hari ini saya terpaksa menutup forum.monsunbiz.co.cc kerana dalam proses membuat restoring ke atas pangkalan data.
Inilah salah satu perkara yang melecehkan apabila kita membuat penukaran server/hosting. Server lama agak bermasalah kerana seringkali “Down” dan perlahan.
Alhamdulillah, server baru ini agak Baca Selanjutnya…
Assalamualaikom dan salam sejahtera,
Innalillahiwainnailaihiroojiu’n…
Marilah sama-sama kita menyedekahkan Fatihah kepada Allahyarham En Sidek semoga rohnya dicucuri rahmat..
Al-Fatihah!
Berita ini baru sahaja saya terima dan membuatkan saya agak terkejut dan terkenang semula si arwah.
Arwah dilaporkan meninggal dunia pada Baca Selanjutnya…
Assalamualaikom dan Salam Sejahtera,
Pagi tadi saya telah menerima beberapa berita mengenai Monsun dan MIRSB.
Antaranya ialah:
Assalamualaikom dan Salam Sejahtera.
Pagi tadi baru dapat EPP code dan sekarang kami sedang beralih ke server baru.
Tahun ni nak jimat sedikit sebab nak tumpukan kepada projek sendiri.
Dalam masa 1-2 hari ini, mungkin laman blog, forum dan noorem.com akan tergendala disebabkan pertukaran DNS domain, script dan database.
Kepada Monsuner yang mendaftar domain kesayangan di emerge, sila dapatkan EPP kod dan perbaharuinya di hosting yang telah saya cadangkan pada tulisan sebelumnya.
Semoga Berjaya!!
Wassalam…
Saya telah menerima beberapa makluman bahawa ada beberapa Monsuner yang masih terkilan dengan harga hosting domain PG2020 mereka sebanyak RM290. Buat masa ini beberapa pihak dari emerge telah menguhungi mereka untuk memperbaharui akaun domain + hosting mereka.
Sebab itu saya tidak mendaftar pakej hosting + domain mereka sebabnya masalah ini pasti akan datang. Harga RM290 adalah terlalu mahal untuk laman web yang kecil. Justeru saya mencadangkan anda membuat pemindahan ke tapak yang baru.
Sekadar untuk menyimpan alamat domain atau membuat blog yang mudah saya mencadangkan hosting yang murah sekali iaitu:
.:: RWNZ STUDIOZ ::.
Harga domain: RM30
Harga Hosting: minimum RM15
Klik banner diatas untuk maklumat lanjut (automatik terbuka window baru).
Untuk itu anda perlu meminta kod EPP bagi domain anda di emerge.my. Bagi sesiapa yang nama domainnya sudah tamat tempoh anda bolehlah terus mendaftarnya di borang tempahan selagi tidak ada orang lain yang mengambilnya.
Semoga artikel ini membantu anda…
Wassalam.
Assalamualaikom dan salam sejahtera semua!!
Setelah sekian lama menyepi, saya kembali menulis di blog ini. Terperanjat saya apabila mendapati bahawa blog Monsun Noorem ini telah dihinggapi hampir 3000 Spam!!
Saya terpaksa mengambil berhari-hari (sebab sambungan internet rumah sangat lembap) untuk membersihkan kesemua komen spam tersebut. Setelah itu saya menginstall beberapa plugin anti Spam, mudahan dapatlah mengurangkan hinggapan spam.
So, saya meminta maaf bebanyak kepada semua pelawat khasnya kepada Monsuner yang mendapati blog ni macam dah terbiar dan dipenuhi lalang..
Sebenarnya sejak akhir ini saya lebih banyak Offline malah YM pun dah lama tak ONLINe. Kepada sesiapa, Mahadi, Yus, dan lain-lain. Saya minta maaf bebanyak. Sekarang ni saya cubalah kembali berjinak dengan Internet.
Tidak lama lagi noorem.com akan berpindah server yang baru. Selain harganya lebih murah, saya nak merasakan pengalaman baru dengan server lain. Mungkin dalam awal bulan April ini masalah akses ke monsun blog dan forum monsun akan tergendala sementara.
Cuma buat masa ini saya sedang menunggu kod EPP (secret code) untuk domain noorem.com. Satu lagi kelebihan server baru ini ialah saya boleh memuatkan hingga 10 addon domain berbanding 2 sahaja pada ketikan ini. Pada ketika ini saya sudah memilki 4 domain yang terpaksa dihostkan di hosting percuma.
Tulisan saya selepas ini akan membincangkan mengenai pertukaran alamat domain yang didaftarkan oleh Monsuner dalam pakej Payment Gateway 2020 tahun lalu.
InsyaAllah tunggu tulisan saya mengenainya. Mudahan dapatlah membantu Monsuner yang masih ingin memiliki domain tetapi tidak mampu membayar RM290 kos di emerge.my.
Sekian…
Wassalam
Teknologi RSS amatlah popular sehingga ianya diintegrasikan oleh hampir kesemua vendor teknologi IT.
Namun saya kesal kerana pihak teknikal monsun-biz.com tidak menyediakan teknologi tersebut.
Sebagai menggantikan kekecewaan tersebut, pihak teknikal monsunbiz.co.cc telah berjaya menghasilkan biji RSS atau dalam bahasa orang putihnya “RSS FEED” untuk Top 10 Produk Terbaru di Monsun-biz. Buat masa ini hanya RSS dengan mengikut paten RSS 1.0 dihasilkan dahulu.
Apa Kelebihan yang ada pada RSS dan apa kebendanya itu? Saya malas nak berceroteh panjang. Artikel yang ringkas telah disediakan di:
Assalamualaikum ..
selamat sejahtera…
Disini saya akan memberitahu bakal ada perubahan besar kepada sistem di monsunbiz.co.cc
1. Kepada Monsuners yang menggunakan bloggers anda boleh link blog anda ke “subdomain.monsunbiz.co.cc”
2. Kepada rakan niaga monsun yang berminat , anda boleh mendapatkan “email@monsunbiz.co.cc” (free service powered by gmail)
3. dan full fledge free google apps .. (terlalu banyakyang saya perlu sebutkan nanti )
4. stay tuned kerana banyak lagi yang akan berlaku ..
regards ,
wealthminds
Kepada semua umat Islam. Selamat Menyambut Tahun Baru Muharam 1430 Hijrah.
Juga selamat Menyambut Tahun baru Masihi 2009.
Banyak kenangan manis sepanjang tahun 2008. Kepada semua Monsuner, semoga perjalanan hidup kita diberkati Allah. amiinn.
Untuk senarai projek baru bersempena tahun 1430 dan 2009 adalah seperti berikut:
-Membangunkan Portal Iklan sendiri.
-Membantu menaikkan monsun-biz. Gabungan antara Portal Baru saya dengan monsun-biz pasti akan memeriahkan.
-Membangunkan blog kisah perjalanan hidup saya… (blog peribadi)
Itulah antara perancangan saya. InsyaAllah dimudahkan…
Wassalam…