Kepada Pelawat Yang Dikasihi !! Assalamualaikom dan Salam Sejahtera!!
Terima Kasih Kerana sudi Melawat Monsun Blog Komuniti.
Kepada Monsun Landlord, Anda bolehlah mendaftar untuk mendapat kelebihan yang disediakan!
Gigasize : Gigasize Banner

Fakta Sebenar Mengenai Monsun I-gomobile Yang Ramai Tidak Tahu!!

igomobile monsuns packArtikel kali ini akan membongkar mengenai isu harga dan kos sebenar i-gomobile dalam pakej Monsun anda. Ataupun bagi mana-mana pihak yang hanya membeli sistem ini. Sebenarnya ramai yang tidak tahu dan tidak mengambil tahu akan kos tersembunyi (hidden Cost) dalam setiap pakej Monsun. Sebelum ini saya telah memberitahu kepada anda tentang harga sewaan sebenar “Online Store” iaitu Pakej 1 dan Pakej 2. Kali ini saya akan memberitahu kadar caj yang dikenakan apabila anda menggunakan i-goMobile.

Sebenarnya caj dan kos yang dikenakan ini ada dinyatakan didalam Pek Permulaan Usahawan (Starter Pack Entrepenuer) yang diberikan kepada anda. Cuma kekadang kita malas nak baca dan mengharapkan keterangan dari En. Sidek dan MIRSB semata-mata.

Sekarang cuba anda selak kembali “Starter Pack” pada muka 9 pek tersebut. Keterangan mengenai
Telcos & Merchants Profit Sharing Policy” menyatakan seperti berikut:

Telcos Deductions:
Telcos revenue sharing charges are fixed as below.

TELCOS : MAXIS DIGI CELCOM
% SHARE: 40% 30% 50%

Itu adalah caj yang diambil oleh pihak telco, sepertimana yang diberitahu didalam sesi kelas teknikal bahawa kita akan mendapat keuntungan sebanyak 50% daripada setiap SMS yang diterima pelanggan. Nisbah 50-50 ini agak diterima dan kemungkinan kita akan memperoleh lebih daripada 50% sekiranya pelanggan menggunakan rangkaian Maxis dan Digi.

Tetapi itu tidak akan menjadi kenyataan kerana baki daripada dedunsi tersebut perlu dikongsi dengan i-gomobile kepada kita dengan nisbah 7:3.

Merchant Revenue Sharing (after Telcos Deduction)

I-Gomobile 30% 10%
Merchant
70% 90%

Maksudnya kita hanya akan memprolehi hanya 70% daripada nilai baki selepas penolakan dengan pihak telco.

Kenapa perlu ada pihak i-gomobile mengenakan caj sebanyak 30%?

Sebab itu adalah sumber keuntungannya. Dengan caj ini, pihak syarikat akan gunakan untuk membiayai kos penyelenggaraan dan pengurusan syarikat.

Jadi berapa yang kita akan perolehi?

Untuk memudahkan pengiraan, saya telah membuat kiraan dan hasilnya:

(Jumlah Jualan SMS) X (Telco+i-gomobile)=Untung Sebenar

Akan menghasilkan formula berikut,
Maka Peratus keuntungan bersih anda berdasarkan telco ialah:

Celcom: 35% 52%
Maxis: 42% 42%
Digi: 49% 30%

Contoh:

SMS yang berharga 30sen

Pelanggan yang menggunakan telco:

Telco Keuntungan Anda
CELCOM 0.105 sen (11 sen)
MAXIS 0.126 sen (13 sen)
DIGI 0.147 sen (15 sen)

Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk “PANDUAN CALLCENTER MIRSB” pada bahagian terakhir sebelum Q&A. Panduan ini telah diberikan semasa sesi Teknikal.

Sewaaan “Keyword” pulak lain cajnya

Ok, setakat ini caj yang dikenakan pihak telco atas penyewaan keyword sudah diberitahu oleh En. Sidek didalam kelas teknikal. Caj yang dikenakan oleh setiap telco ialah RM100 setiapnya. Ada 3 telco, maka RM300 yang perlu anda bayar setiap tahun.

Bagaimana nak bayar harga sewaan kalau caj yang dikenakan tinggi?

Itu terpulang kepada anda. Pakej ini mudah terlepas dari tangan anda. Ianya boleh membantu anda dalam aspek pemasaran dan promosi Monsun-biz. Justeru suatu bentuk rangka kerja perlu dibuat. Rangka kerja yang macamna? Hehe…saya pun masih belajar nak buat rangka kerja. boleh tanya mereka yang mahir. En. Mahadi kita boleh bantu agaknya.

Ok…saya boleh bagi macam idea untuk cetusan idea yang lain:

Katakan,
1 sms RM0.30—-Aplikasi Waktu Solat
Cari 10 orang pelanggan—->RM0.30 X 10 = RM3.00
Waktu solat caj kepada pelanggan setiap hari selama sebulan selama setahun dan seumur hidup, maka:

RM3.00 X 30 hari= RM90.00 sebulan
Pendapatan untuk setahun: RM90.00 X 12 Bulan= RM1080#

Keuntungan selepas Caj Sewaan:

Min: 35%——RM378.00—->-caj tahunan—>RM78.00
Max: 49%——RM592.20—->-caj tahunan—>RM292.20
Purata: 42%—-RM453.60—->-caj tahunan—>RM153.60

Bila dah kira nie..rasa banyak juga kalau kita simpan RM90 sebulan dalam bank. Tup-tup dah boleh cover macam-macam lagi.

Ingat, itu baru 10 orang pelanggan tetap yang menggunakan Aplikasi Waktu Solat sepanjang tahun. Siap boleh boleh bayar sewa tahunan telco.

Hanya kerana 10 orang, anda sudah boleh menyelamatkan sistem i-gomobile anda dari dilupuskan. Sekiranya anda dan saya boleh berkongsi idea dan teknik baru untuk Aplikasi SMS ini, keuntungan yang besar akan kita perolehi.

sekian laporan saya ini.

Wassalam…

Share/Save/Bookmark

Ada 20 Komen Untuk “Fakta Sebenar Mengenai Monsun I-gomobile Yang Ramai Tidak Tahu!!”

wealthminds

June 23, 2008 @ 11:13 am

untuk pengetahuan semua pek i go mobile saya masih lagi berstatus dara sunti

hahahhahahahahhahahah

sebab sudah tentunya dengan keaddam pasaran yang memang hancus

sebab saya jangkakan apabila keadaan pasaran yang agak penuh sesak akan
menjadikan pelanggan sukar untuk membuat pilihan dan mengubah minat pelanggan , jadinya kepada yang bertanya mungkin dengan cara membuat pemasaran secara 1 to 1 tapi sesuai ke untuk harga 30 sen , segelas teh tarik pun dah mencecah 8 hari punya sms caj

jadinya ?

kalau info solat tu lepas solat jumaat edarkanlah depan masjid (0.02%)

upah sikit sikit budak budak kecil rm 5 ke letakan pada kereta ( 0.002% response)

Namun begitu jangan kerana nak berniaga info solat terlepas khutbah jumaat.
jika nak meletakkan apa jua bahan bincang dahulu dengan pengurusan masjid

sebab mereka dekat dengan rumah allah jadinya pada kebiasaan apa yang dikatakan menjadi

dan jangan buat kotor dalam masjid ( dengan kertas berselerakan di mainkan budak budak kecik )

buatlah sekadar yang termampu

saya masih lagi menantikan laporan MCMC untuk suku pertama tahun ini

jika dah keluar pass kanlah pada kawan kawan disini

[Balas]

Monsun Landlord

June 23, 2008 @ 5:44 pm

Sms Waktu solat bukanlah matlamat UTAMA. Ianya sekadar suatu idea dan konsep asas yang menyebabkan kita akan berfikir dan berkata: “ye tak ye ek!”.

Tahniah kepada En. Mahadi kita sebab masih mengekalkan ke-daraan i-gomobile nya. Masuk hujung tahun ini genap 3 bulan i-gomobile saya diaktifkan. tinggal 9 bulan lagi je.

Projek MBK masih dalam proses. Saya ingat nak buat artikel khusus mengenainya agar saya dapat mengumpul idea-idea dari semua monsuner.

[Balas]

nur asma

June 23, 2008 @ 8:36 pm

i-gomobile saya juga dah di aktifkan sejak march hari tu… saya buat info solat jer untuk test sama ada ia ok ke tak..

sekiranya tempoh setahun dah tamat kita gunakan i-gomobile tu, kemudian tak nak aktifkan dah, tak mendatangkan masalah antara kita dengan telco ke?

[Balas]

Monsun Landlord

June 24, 2008 @ 1:55 pm

Nur Asma,
Sekiranya anda tidak mahu membayar sewa “keyword” i-gomobile untuk tahun seterusnya, i-gomobile anda tidak akan berfungsi lagi. Kesemua perkhidmatan daripada i-gomobile tersebut akan ditamatkan. Pihak Telco atau i-gomobile kemungkinan besar akan memberikan amaran awal tentang pemansuhan “keyword” anda. Ia seperi anda membeli kad sim telco yang setelah mengaktifkannya anda tidak memperbaharuinya untuk 5 bulan—->Talian Sim Kad anda akan juga dilupuskan.
:sd:

[Balas]

nur asma

June 24, 2008 @ 10:00 pm

thanks noreem ats info tu…

ada cara lain tak untuk kita jana pendapatan dengan i-gomobile tu…
rasanya rugi gak kalau tak boleh guna langsung…
iye tak?

[Balas]

Monsun Landlord

June 25, 2008 @ 3:13 pm

YA. Kerugian sekiranya kita dah aktifkan dan tidak menggunakannya. Tunggu artikel saya untuk cara proaktif menggunakan i-gomobile.

[Balas]

wani68

January 19, 2009 @ 10:25 am

Salam en Mahadi…Macamana nak jadi ahli berstatus Contributor…Terima Kasih..

[Balas]

Monsun Landlord

January 23, 2009 @ 1:14 am

Wsalam Wani68,

Keahlian anda sudah dipertingkatkan kepada Penulis. Bolehlah menulis apa-apa yang berguna di blog ini.

[Balas]

virtual.development

January 24, 2009 @ 4:08 am

ada apa-apa soalan berkenaan igo, boleh tanya saya.

0192488480

[Balas]

zulpjj

May 11, 2009 @ 4:37 pm

salam

pek i-go mobile saya pun masih belum digunakan. ada expiry date tak pek tu yea?

[Balas]

Monsun Landlord

May 25, 2009 @ 7:40 am

Boleh cuba tanya Mahadi…

[Balas]

mohd nasir adzimi

May 25, 2009 @ 10:38 am

a’kum.
hingga kini saya masih belum menerima jawapan daripada pihak MIRS,
sila jawab dengan segera.
kerjasama daripada pihak MIRS amatlah diharapkan.

[Balas]

Adie

May 26, 2009 @ 1:53 am

Tumpang tanya, camna nak renew keyword i-gomobile?
Untuk pengetahuan semua, di sini saya mendedahkan bahawa satu sen pun pihak telco tidak memulangkan kpd saya hasil penganjuran kuiz, info solat ,vote. Saya berasa amat bersalah kepada pemenang kuiz, kerana hingga ke hari ini saya tidak dapat menyerahkan hadiah yang ditawarkan kepada pemenang-pemenang, sedangkan kuiz anjuran saya berakhir bulan Ogos tahun 2008 yang lepas. Saya akui ini memang risiko yang patut saya tanggung, tetapi….. Entahlah, saya tak pandai nak memaki hamun orang, biarlah ALLAH sahaja yang membalasnya AMINNNNN…..

[Balas]

virtual.development membalas pada 4 July, 2009 9:29 pm:

call me 0192488480

[Balas]

virtual.development membalas pada 4 July, 2009 9:49 pm:

haris dah tak keje sana dah

[Balas]

Monsun Landlord

May 26, 2009 @ 8:58 am

@Adie,

Anda boleh menghubungi En. Haris mengenai masalah ini. Rujuk link ini:
http://monsun.noorem.com/laporan

Wassalam…

[Balas]

Monsun Landlord

July 9, 2009 @ 11:04 am

Terima kasih virtual.development atas maklumat anda mengenai En. Haris.

Maklumat telah dikemaskini.

Wassalam..

[Balas]

azrul

April 2, 2010 @ 12:48 am

salam saya telah membeli pakej i-gomobile di johor dgn harga rm5,000
dan telah menggunakannya selama hampir 6bulan kemudian atas kesibukan kerja jd saya terlupa untuk membuka,sampai masa nak buka password/username salah.jd sy nak tahu adakah tarikh expired?bagaimana nak mengatasinya..harap dapat membantu sy

[Balas]

Monsun Landlord

April 2, 2010 @ 11:26 am

Wsalam,

Anda boleh menghubungi Jacky:

Akaun i-gomo yg melebihi setahun dari tarikh aktif akan expired sekiranya tidak dibaharui.

Sekian…

[Balas]

azrul

April 2, 2010 @ 10:48 pm

kenapa masa promosi pakej i-gomobile pihak sykt tak dedahkan bahawa ada expired??rugilah sy camni……..

[Balas]

RSS feed: Langgan Komen dari Tulisan ini

· TrackBack URI


Komen/Ulas Catatan Ini:

.:Klik dan Seret Ikon ke dalam Borang Komen:.
:haha: :ooo: :dsadsad: :sd: :dsadasccc: :dsadas:

Spam Protection by WP-SpamFree