Semasa saya menghadiri kursus Landlord Monsun di Hotel Grand Seosans kL pada hujung bulan Mac lepas, laman web http://www.monsun-biz.com sudah sedia ada untuk dilawatii. Namun ia masih dikatakan tidak sempurna kerana banyak isi kandungan, pautan dan fungsi web tidak berfungsi. Sebenarnya ia adalah web prototaip monsun dan sebagai ‘Showing Stage’ kepada sesiapa yang ingin mengetahui ciri-ciri web ini.
Namun fungsi ‘Terhad’ ini hanya untuk beberapa bahagian tertentu web ini. Fungsi yang sudah berjaya ialah fungsi bahagian “Landlord-Admin”. Bahagian inilah yang di ajar oleh guru teknikal monsun ketika kursus tersebut. Ingat lagi tak? Bab-bab yang telah diterangkan ialah:
+Panduan Mengakses Ke Akaun Landlord Monsun
+Profail Landlord dan Tujuannya
+Konfigurasi Laman Landlord
+Panduan Untuk Kebenaran Menuatnaik Produk-produk
+Panduan Untuk menambah Pengguna Baru
+Panduan Untuk Paparan pengguna-pengguna
+Panduan untuk Paparan Barangan
Semua panduan dan maklumat terdapat dalam buku Manual Panduan Landlord Monsun yang telah disediakan ketika kursus. Rajin-rajinlah menyemak nota-nota dan panduan tersebut.
Ok…kembali ke perbincangan asal. Kemudian, dalam bulan April (maaf kerana tiada tarikh tepat–kalau sesiapa ada tarikh ‘HIstory’ web ini boleh berkongsi disini) lepas, laman web Monsun ini tidak dapat dilungsuri kerana paparan yang ditunjukkan antaranya ialah:
“Sorry, System Upgrading.
We will back soon.
Thanks.
www.monsun-biz.com”
“please wait”
“reg form”
link:“http://localhost/../../”
Huhu…ketika itulah iklan monsun-biz ini mula muncul di televisyen, akhabar-akhbar dan dari promosi ahli-ahli Monsun. Traffik yang menggila mulai datang ke monsun-biz.com ini tetapi mereka semua hampa kerana web ini sedang dalam proses peningkatan sistem. Apa yang berlaku sebenarnya…?
Sesiapa yang ada maklumat tambahan boleh berkongsi disini.
Namun keadaaan itu tidak lama…Kemunculan semula dalam penghujung bulan April 2008 dengan beberapa perubahan telah dibuat. Antara perubahannya ialah:
+Warna tema Monsun biz
+Paparan Senarai diperbaiki
+Logo dan grafik baru
+Flash yang berserabut dan bersepah sudah dikurangkan.
+Kepantasan capaian meningkat
+Senarai Monsun Landlord—>Link tutorial sudah dibuang dan diganti dengan Senarai terbaru Landlord
+Sistem ‘randomize’ pada panel senarai Landlord
+ Fungsi affliate,referer sudah aktif
+Fungsi pendaftaran dan paparan produk jualan
+….anda tambah!! Ada tambahan maklumat boleh berkongsi disini.
Alhamdulillah..mereka telah perbaiki beberapa kekurangan website mereka. Diharap mereka sentiasa perihatin dengan mutu laman web monsun tersebut.
Cuma yang tinggal sekarang ialah sistem ‘Payment Gateway’ masih dalam proses penyempurnaan.
Sekian paparan ini, Wassalam..
Sekiranya anda Ingin mengikuti Tulisan Terbaru, Langgan RSS feed!