Kepada Pelawat Yang Dikasihi !! Assalamualaikom dan Salam Sejahtera!!
Terima Kasih Kerana sudi Melawat Monsun Blog Komuniti.
Kepada Monsun Landlord, Anda bolehlah mendaftar untuk mendapat kelebihan yang disediakan!
Gigasize : Gigasize Banner

Luahan Tidak Puas Hati…!!

Bertemu lagi…kali ini saya ingin mengetahui luahan dan perasaaan anda apabila menyertai Landlord Monsun. Apabila saya pergi ke kursus ( tidak rasmi ) yang dikelolakan oleh seorang Landlord Monsun dan kami telah berkumpul dalam seramai 12 orang untuk membincangkan masalah dan usaha yang perlu untuk membetulkan keadaan kerana masing-masing telah melaburkan ribuan ringgit untuk LLM ini. Banyak antara anda yang tidak berpuas hati dan ingin menyampaikan mesej anda disini….saya benarkan. Dan hanya untuk ahli-ahli Landlord Monsun. Luahkan perasaan anda…

P/s: Minta perhatian, sila gunakan tulisan yang baik dan bukannya terlalu kasar. Komen yang baik sahaja akan dipaparkan.

Share/Save/Bookmark

Ada 36 Komen Untuk “Luahan Tidak Puas Hati…!!”

Salmahi

June 10, 2008 @ 2:29 am

Assalammualaikum wbt.

Saya menceburi Monsun-biz ni atas dasar ingin mengubah nasib dengan mencari peluang2 baru berniaga. Saya masih lagi befikiran bahwa bisnes ini dapat berjaya dan pergi lebih jauh lagi sekiranya cara ianya diuruskan secara professional samada partner monsun-biz (landlord, supermarket, kiosk dsbg…), pihak pengurusan sykt dan sistem teknologi maklumatnya.

Seperkara lagi saya dapati baru2 ini ada di kalangan partner monsun yang sudah mula menawarkan sewa dibawah harga RM50. Saya harap agar pihak pengurusan dan semua partner agar tidak merosakkan pasaran monsun-biz ini. Sudah banyak kejadian terjadi yang mana kita sendiri yang merosakkan pasaran yang akhirnya membawa kepada kesusahan kepada setiap individu yang terlibat. Memang berniaga nak untung tetapi kena le berwawasan serta kreatif dalam berniaga.

Sekian. Wassalam.

[Balas]

Monsun Landlord membalas pada 10 June, 2008 2:36 pm:

Wa’alaikumussalam..

Puan Salmah, terima kasih kerana berkongsi pandangan dan komen anda disini. Untuk pengetahuan Puan, kelahiran monsun biz adalah dalam keadaan tergesa-gesa. Kenapa saya katakan ianya muncul dalam keadaan tergesa-gesa? Kerana dalam iklan di akhbar, Puan Nora ada menyelitkan mesej berikut:

“Ingat…Kejayaan seseorang itu bukan kerana dia nampak peluang itu, TETAPI kerana berapa CEPAT dia merebutnya”.

Jadi tidak hairanlah sekiranya kerana ingin merebut peluang “Lubuk Emas”, mereka menglengahkan pengurusan dan pembangunan monsun. Dengan itu monsun ataupun apa sahaja produk-produk keluaran MIRSB agak tidak professional dan kurang terurus.

Namun selepas pengambilan ejen-ejen baru, barulah ada sedikit perkembangan. Nanti saya akan ceritakan serba sedikit perkembangan monsun dalam artikel akan datang.

Berkaitan hal ini, saya menerima banyak khabar angin. Antaranya ialah mereka mengatakan bahawa MIRSB tidak wujud di SSM, tv3 menyenarai hitam monsun, laman web monsun adalah scam, MIRSB sudah kehabisan kewangan kerana sibuk iklan besar dan banyak lagi. Agak tidak sesuai saya menyenaraikan semuanya disini.

Sebenarnya, tugas untuk menaikkan monsun ini sudah menjadi tanggungjawab saya dan semua mereka yang terlibat. Kerana “Aset” kita di monsun.

Nampaknya komen saya lagi panjang dari artikel..:D
InsyaAllah, sekiranya berkesempatan saya akan karang satu artikel khas mengenai isu ini. Wassalam.

[Balas]

thug

June 10, 2008 @ 11:16 pm

saya bersetuju dengan cik salmah,dimana kebanyakan landlord menawarkan harga sewa lot panel monsun sgt murah hingga jatuh kepada rm5.itu adalah amat melampau kerana ianya sgt2 lah mengganggu market dimana jikalau kami “kiosk” menyewakan lot kami pada harga rm5..berapa sgt la yg kami dpt sebulan?dan yg menyewakan dgn harga murah mempunyai beribu-ribu lot panel.diharap landlord2 yg lain memahami masalah ini dan tidak berfikir utk cepat mendapatkan customer dgn cara ini..tindakan ini hanya akan menyebabkan kami kerugian dan customer kami sume lari..

[Balas]

nur asma

June 13, 2008 @ 2:14 pm

saya jge bersetuju dengan pendapat cik salmah dan thug, sewa tu dah cukup murah, buat ape nak turunkan harga lagi…
dan, saya juga rasa apa yang cik salmah katakan, ada beberapa blog yang kate monsun ni scam, sedih juge… tapi saya tak bercadang nak keluar dari monsun sebab saye tahu ia masih baru dalam internet cuma saya berharap akan ada satu perkembangan +ve dan sekiranya monsun berjaya melahirkan 50 jutawan dalam tahun ni (macam yang kuar dalam paper metro) insyaAllah, saya yakin nama MIRSB akan bersih… but how???

[Balas]

thug

June 13, 2008 @ 3:24 pm

masalah saya skang ni adalah, bagaimana utk mempromosikan lot2 panel kita untuk disewa..sistem bossmailer saya adalah bermasalah. saya dah buat aduan di mirsb tp xde balsan lg..dah dua minggu buat monsun ni..tp customer x masuk2 lg..pening2..

[Balas]

nur asma

June 13, 2008 @ 4:40 pm

betul tu thug… ada cara lain tak untuk promosikan lot2 panel kite tu….
Bagi lah idea kepada mereka2 yang dah jauh ke depan tu… huhuhu… o yer… igomobile korang ok tak?

[Balas]

thug

June 13, 2008 @ 4:59 pm

awak penah guna bossmailer ke asma?

[Balas]

nur asma membalas pada 13 June, 2008 6:28 pm:

sya tak penah lagi guna bossmailer, ada orang kata software bossmailer ni adalah spam… betul ker?

[Balas]

thug

June 13, 2008 @ 6:37 pm

mmg ler spam..tp klu x melalui bossmailer,mcm mana kita nak promote?

[Balas]

Fida technology membalas pada 4 July, 2008 10:37 pm:

SPAM.saya dah cube hantar email melalui bossmailer.Saya hantar ke email saya @astro.com.my.Tidak pulak saya melihat spam pada email tu.Tak taulah saya tak faham spam agaknye.

Saya dah nampak contoh advertising disini yg boleh diguna pakai.Saya ingin cube bossmailer dlm masa terdekat ni.Insyallah..

[Balas]

thug

June 16, 2008 @ 11:46 pm

saya rasa blog ni amat berguna dan semua landlord harus memasuki blog ni..tp saya tgk mcm tak ramai je yg tau pasal blog ni..kita kena lebih promosikan blog ni sbb byk info2 yg berguna dan update pasal monsun..

[Balas]

Monsun Landlord

June 17, 2008 @ 10:13 am

terima kasih Thug kerana memberikan sokongan terhadap kewujudan blog ini. Blog ini hanya untuk mereka yang betul-betul ingin mempelajari atau menyumbangkan sesuatu mengenai Perniagaan Online terutamanya Monsun-biz. Saya tidak memaksa sesiapa untuk menyertai (join) komuniti ini. Sekadar memberi peluang dan medium khusus untuk kita berkongsi.

[Balas]

thug

June 17, 2008 @ 3:39 pm

adakah mungkin untuk http://monsun.noorem.com mendapatkan email2 landlord dan emailkan kepada mereka mengenai blog ini?

[Balas]

Monsun Landlord

June 17, 2008 @ 6:11 pm

Saya ada juga menghantar mesej kepada segelintir Monsuner yang terdapat didalam “Contact List” email. Alhamdulillah, ada juga yang melawati blog ini dan mendaftarkan diri mereka. Tetapi sayangnya, mereka berhenti disitu sahaja. Ada antara mereka yang tidak ambil kisah mengenai Monsun-biz. Nampaknya mereka terlalu sibuk. Mungkin untuk memilih monsun sebagai Kerjaya sepenuh Masa belum tiba lagi. Harapnya suatu hari nanti, semua monsuner dapat kembali menghidupkan laungan “HIDUP MONSUN!!” yang dilaungkan dengan penuh semangat semasa di kelas Teknikal Monsun-biz di Hotel Grand Seasons, KL yang lalu. Saya meminta maaf atas beberapa masalah di Blog ini kerana saya sedang dalam kemaskini system web. Semoga saya, Thug,Asma, Salmah dan lain-lain berjaya dengan perniagaan Monsun! :D

[Balas]

thug

June 17, 2008 @ 6:17 pm

buat sementara ini, lot2 utk disewa saya adalah amat2 perlahan berikutan bossmailer saya tak berfungsi :( tetapi saya tetap mencari2 customer dan tidak putus asa..

[Balas]

Monsun Landlord

June 17, 2008 @ 11:51 pm

Teruskan Usaha anda. Thug, nanti boleh kongsikan perkembangan monsun lot disini. Perlahan pun takpe..:D

[Balas]

thug

June 17, 2008 @ 11:54 pm

Mungkin ada landlord2 lain disini ingin berkongsi pendapat :)

[Balas]

nur asma

June 18, 2008 @ 11:43 am

yelah… saya pun cadangkan kat semua landlord2 supaya berkongsi idea di sini, sekurang2nya kita boleh bertukar cerita tentang perjalanan monsun kita. kepada tuan2 TANAH MONSUN….. mari kita berganding bahu untuk mencapai kejayaan… HIDUP MONSUN!!! HIDUP MONSUN!!! HIDUP MONSUN!!!

[Balas]

thug

June 18, 2008 @ 12:26 pm

bersemangat betul nmpknya cik asma kita ni..bagus2..hehe

[Balas]

Monsun Landlord

June 18, 2008 @ 1:25 pm

Bagus, satu cadangan yang baik. Kalau semua gembira, saya pun gembira juga. Tak perlu rasa tertekan, hanya teruskan…:sd:

[Balas]

limah72

July 2, 2008 @ 8:08 am

saya amat tidak berpuas hati ngan monsun,dah hampir seribu email di hantar tapi masih tidak dapat menarik penyewa.bosmailer amat mengecewakan.saya nak tanya bagaimana nak buat promosi cara yang betul?

[Balas]

Monsun Landlord

July 2, 2008 @ 12:46 pm

Puan Halimah,
Saya turut bersimpati dengan masalah Puan.
Saya cadangkan kepada puan untuk menghentikan sementara penggunaan bossmailer dan beralih kepada strategi pemasaran tempatan.

Oleh kerana monsun-biz tidak dipromosikan dengan baik di peringkat global maka agak kurang penyertaannya dari luar.

Namun ini bukanlah satu hakikat yang monsun biz tidak mampu ke Global, cuma ia perlukan masa.

Untuk tip dan info beberapa teknik promosi monsun boleh rujuk blog wealthminds.

Teknik Promosi Monsun

InsyaAllah, tunggu artikel saya berkaitan Promosi Monsun.

[Balas]

onerowhoney

July 4, 2008 @ 10:52 pm

salam…saya ahli baru blog forum ni….sy jgk salah sorang monsuner yg hampir putus asa…cuma satu yg masih menkonfiuskan saya…macamana org nak tau pasal perniagaan monsun…saya rasa kurang berkesan..x macam mudah.com, anda bukalah mana2 laman web pon mesti akan ada link utk ke mudah.com…kadang2 org yg x bertujuan nk layari mudah pon akan terpanggil untuk join mudah.com…memang mudah dan saya sendiri pon suka cari dan jual barang kat mudah.com…macam monsun,hanya ahli monsun saja yg tau aktiviti2 yg berlaku di monsun…nk kna khusus buka url http://www.monsun-biz.com… saya mulakan promosi ajak ahli keluarga ngan kawan2 dulu sewa lot panel..saya naik malu ngan kawan2..wat promosi kononnya di monsun cepat,mudah,efisyen,setanding ebay malah lbh baik dr ebay…but when they are attracted n interested…nothing gonna happen to our customer…mana diorang nk percaya lg dah…macam kita cakap kosong je…dari hari ke hari..no respon…macam mana ni…sy try kat mudah.com publish iklan ptg,malam dah dapat call….saya betol2 xnak give up…tapi buntu jugaklah…

[Balas]

Monsun Landlord

July 4, 2008 @ 11:56 pm
Fida technology membalas pada 4 July, 2008 10:37 pm:
SPAM.saya dah cube hantar email melalui bossmailer.
Saya hantar ke email saya @astro.com.my.
Tidak pulak saya melihat spam pada email tu.
Tak taulah saya tak faham spam agaknye.
Saya dah nampak contoh advertising disini yg boleh diguna pakai.
Saya ingin cube bossmailer dlm masa terdekat ni.Insyallah..

Kepada Fida Technology,
Terima Kasih kerana memberikan maklum balas yang baik.

Saya tidak boleh mengatakan yang Bossmailer adalah SPAM 100%. ia bergantung kepada cara anda menggunakannya.

Buat masa ini saya tidak akan menyentuh isu ini. Cuma saya tunggu dan lihat. Sekiranya tuan Fida technology dapat menggunakan sistem tersebut dengan berkesan, berkongsilah hasilnya di sini.

Hasil perkongsian anda pasti akan membantu Landlord dan monsuner lain untuk memperbaiki teknik promosi mereka. Wahuallam…

[Balas]

Monsun Landlord

July 5, 2008 @ 3:11 am

onerowhoney,
Memang itulah keadaan sebenar Monsun.

Laman web lain mendapat traffik yang tinggi kerana keberkesanan iklan ONLINE mereka.

Sebab itu penting kita semua bersatu untuk hebohkan dan war-warkan pasal Monsun melalui cara Online juga.

Seperti yang dinyatakan oleh saudara Mahadi bahawa
sekiranya kesemua Monsuner dapat bersatu menjadi satu pasukan,
dan setiap pasukan menyumbangkan kepakaran masing-masing dalam meningkatkan populariti Monsun.

[Balas]

limah72

July 7, 2008 @ 11:04 pm

salam kepada  semua.saya masih menunggu  artikel tentang teknik promosi monsun.kepada tuan tanah yang telah berjaya menyewakan lot-lot mereka sudilah berkongsi idea.

[Balas]

asmahara

July 8, 2008 @ 12:47 am

Assalamualaikum!  Saya daftar dah dekat sebulan, tapi baru je nak tengok2. Saya juga naik malu kat customer saya. Duit sewa dah dibayar.Tempoh iklan pun dah tamat, usahkan orang nak beli, satu pertanyaan pun tak ada. Saya tak tahu berapa ramai traffic yang singgah kat monsun. Jadi macamana saya nak promosikan monsun.Lagi satu kalau orang singgah kat monsun nak mendaftar di laman utama ,pendaftaran tu akan pegi kat lot mana, siapa tahu….saya pun ada buat iklan kat mudah.com, dahlah mudah, free pulak dan ada pertanyaan….yang saya war2 kat pelanggan semua tak menjadi….

[Balas]

nur asma

July 8, 2008 @ 2:26 am

asmahara,
nasib saya pun serupa gak pada mula2 promote kat kawan2…
pada bulan pertama jer prospek bayar sewa lepas tu tak nak sebab tak ada sambutan… tapi, kita jangan mudah putus harapan… monsun kan masih baru… InsyaAllah, kita promote lagi dengan tawarkan hadiah ke, beri percuma sebulan sekiranya prospek nak sewa 5 -7 bulan…
oh ye… saya sedang belajar buat blog ni… sudi2 lah bertandang yerk…
http://miramah-landlordllm.blogspot.com/

[Balas]

mycinda

July 22, 2008 @ 11:23 pm

emmm…dulu saya semangat wat monsun ni…target satu hari satu customer…ok 2 minggu pertama mmg susah nak dpt customer…but saya try…pastue dah ok..hari2 ade jer yg daftar….gumbira hati saya….tp skrag tidak lg…coz sume customer saya tak renew pun….why?…coz no demand on their products…salah sape…kiter ker….tp saya dah usaha….mcm sia2 jer….frust tau…skrg nie saya wat iklan sendiri jer…tp pun tak dak pe….no customers…ber doa je sekarang agar keadaan akn jd lebih baik…AMIN

[Balas]

alibaba

August 9, 2008 @ 10:00 am

Sebenarnya harga kita terlalu mahal trafik pulak ciput je dah tentu customer tak kan renew punya cuba kita seragam kan harga klu rm5 pun dah ok lagi murah dari harga rokok. klu kita terlalu diman sgt satu hari nanti trafik monsun akan lagi ciput pecaya la sebab monsuner sendiri yg akan jual brg dan monsuner sendiri yg akan beli brg tu.. so lama2 org akan putus asa nak teruskan..

[Balas]

isha

August 30, 2008 @ 7:29 pm

saya pun dah banyak wat promotion tp takder yang melekat. sewa 50 hinggit pun takde yg berkonan, susah benor. jual murah pun takder yang sudi. bagi free pun takde yang nak.  hairan… apa masalahnya monsun ni!!! kena sumpahan ke?

[Balas]

onerowhoney

August 31, 2008 @ 4:35 pm
Untuk tip dan info beberapa teknik promosi monsun boleh rujuk blog wealthminds.Teknik Promosi Monsun

Untuk tip dan info beberapa teknik promosi monsun boleh rujuk blog wealthminds.Teknik Promosi Monsun

[Balas]

onerowhoney

August 31, 2008 @ 4:35 pm
salam..
apa khabar monsuner sekalian..
bagaimana dengan perkembangan terkini dengan perniagaan monsun anda sekalian…
dah hampir sebulan sy langsung x sentuh pasal monmsun..i have no idea…lg terkejut pasal br2 ni ada berlaku perubahan management mirsb… sy rasa sy belum cukup matang dalam perniagaan intenet ni..khususnya bidang perniagaan ni…so sy ambil lgkah berhenti sekejap…(heharapnya sekejap je) kerana keadaan yg belum mengujakan…monsun…hmmm x taulah…

[Balas]

Fida technology

September 2, 2008 @ 11:26 pm

Dulu saya katakan yang Bossmailler itu tak scam.Tetapi sekarang bila saya mencuba untuk collect email , kebayakan nya email add yang sama saya terima dan saya juga difahamkan, yang Bossmailer tak boleh digunakan lagi atas nasihat MCMC.Apa kenenya , saya pun kurang faham.
Agak sedih jugak lah.Sekarang saya dah menyusahkan diri kerena biz ini.Harapsaja biz ini ini betul2 boleh memajukan melayu yang rebut peluang ini.Dalam kes ini MIRSB mesti bertanggungjawab atas bossmailer ini.

[Balas]

ezan

December 3, 2008 @ 9:07 am
Seperkara lagi saya dapati baru2 ini ada di kalangan partner monsun yang sudah mula menawarkan sewa dibawah harga RM50. Saya harap agar pihak pengurusan dan semua partner agar tidak merosakkan pasaran monsun-biz ini. Sudah banyak kejadian terjadi yang mana kita sendiri yang merosakkan pasaran yang akhirnya membawa kepada kesusahan kepada setiap individu yang terlibat. Memang berniaga nak untung tetapi kena le berwawasan serta kreatif dalam berniaga.

[Balas]

Trackbacks

September 5, 2010 @ 6:53 am

    [Balas]

    RSS feed: Langgan Komen dari Tulisan ini

    · TrackBack URI


    Komen/Ulas Catatan Ini:

    .:Klik dan Seret Ikon ke dalam Borang Komen:.
    :haha: :ooo: :dsadsad: :sd: :dsadasccc: :dsadas:

    Spam Protection by WP-SpamFree