Assalamualaikom dan salam sejahtera.
Sejak 3-4 bulan lepas, sistem janaan RSS 1.0 Monsun-biz sudah tidak berfungsi. Ya la masa tu salah satu laman web saya kena “Hack” dan mereka siap selitkan “SHELL SCRIPT” atau “File InCulsion” atau file kawalan jauh yang mana boleh menyebabkan kesemua fail-fail laman dan akses ke database boleh dicuri tanpa perlunya akses ke Plesk/C Panel.
Selepas berang dengan kejadian tersebut, aku terus CHMOD (ubah keizinan) fail kepada 664 sahaja. Dan tidak sedar bahawa ia akan menjejaskan fail XML (jenis fail yg biasa digunakan untuk RSS) yang berfungsi sebagai “CACHE” (janaan akan menghasilkan fail xml baru dan disimpan untuk diakses). Ini menyebabkan skrip janaan tidak dapat “overwrite” fail xml yang lama.
Masalah ni baru sahaja aku tahu setelah menggunakan “HTTP TRACER” (menjejaki kod dan kandungan yang dihantar/diterima melalui internet pada port 80). Alhamdulillah masalah tersebut telah diselesaikan.
Kemaskini senarai produk/khidmat terbaru di Monsun-biz tanpa anda sendiri perlu ke monsun-biz.com!
Sekiranya anda Ingin mengikuti Tulisan Terbaru, Langgan RSS feed!