Assalamualaikom dan salam sejahtera semua!!
Setelah sekian lama menyepi, saya kembali menulis di blog ini. Terperanjat saya apabila mendapati bahawa blog Monsun Noorem ini telah dihinggapi hampir 3000 Spam!!
Saya terpaksa mengambil berhari-hari (sebab sambungan internet rumah sangat lembap) untuk membersihkan kesemua komen spam tersebut. Setelah itu saya menginstall beberapa plugin anti Spam, mudahan dapatlah mengurangkan hinggapan spam.
So, saya meminta maaf bebanyak kepada semua pelawat khasnya kepada Monsuner yang mendapati blog ni macam dah terbiar dan dipenuhi lalang..
Sebenarnya sejak akhir ini saya lebih banyak Offline malah YM pun dah lama tak ONLINe. Kepada sesiapa, Mahadi, Yus, dan lain-lain. Saya minta maaf bebanyak. Sekarang ni saya cubalah kembali berjinak dengan Internet.
Tidak lama lagi noorem.com akan berpindah server yang baru. Selain harganya lebih murah, saya nak merasakan pengalaman baru dengan server lain. Mungkin dalam awal bulan April ini masalah akses ke monsun blog dan forum monsun akan tergendala sementara.
Cuma buat masa ini saya sedang menunggu kod EPP (secret code) untuk domain noorem.com. Satu lagi kelebihan server baru ini ialah saya boleh memuatkan hingga 10 addon domain berbanding 2 sahaja pada ketikan ini. Pada ketika ini saya sudah memilki 4 domain yang terpaksa dihostkan di hosting percuma.
Tulisan saya selepas ini akan membincangkan mengenai pertukaran alamat domain yang didaftarkan oleh Monsuner dalam pakej Payment Gateway 2020 tahun lalu.
InsyaAllah tunggu tulisan saya mengenainya. Mudahan dapatlah membantu Monsuner yang masih ingin memiliki domain tetapi tidak mampu membayar RM290 kos di emerge.my.
Sekian…
Wassalam
Sekiranya anda Ingin mengikuti Tulisan Terbaru, Langgan RSS feed!