Kepada Pelawat Yang Dikasihi !! Assalamualaikom dan Salam Sejahtera!!
Terima Kasih Kerana sudi Melawat Monsun Blog Komuniti.
Kepada Monsun Landlord, Anda bolehlah mendaftar untuk mendapat kelebihan yang disediakan!
Gigasize : Gigasize Banner

Monsunbiz.co.cc Berpindah ke URL Baru

Monsunbiz.co.cc Tidak boleh diakses…

Assalamualaikom dan salam sejahtera.

Nampaknya sudah lama saya tidak menulis. Bukan nak kata sibuk, cuma saya sudah kurangkan sedikit aktiviti di internet terutamanya mengenai Monsun.

Oh ye. Forum Komuniti Monsun sudah berpindah ke alamat URL yang baru. Kami akan mengintegrasikan Google Apps ke domain utama monsunbiz.co.cc. Jadinya:

Untuk megakses Google Aps sila gunakan alamat url dengan sintek “www”:

http://www.monsunbiz.co.cc

Untuk mengakses forum, sila ke alamat berikut:

hxxp://forum.m********.co.cc

*domain lama forum.

Sesiapa monsuner yang masih aktif berinternet, harap-haraplah anda dapat melawat forum tersebut. Kalau tak mahu bincang pasal Monsun bolehlah borak-borak kongsi ilmu dan idea yang anda ada. Tetapi janganlah datang nak SPAM dan promosikan affliate-affliate link.

Sudah hampir 9 bulan perjalanan hidup kita bersama monsun-biz. Ada yang baik dan ada yang buruk. InsyaAllah saya cuba usahkan yg terbaik untuk monsun-biz. Cuma saya sedih sebab pihak teknikal monsun-biz tidak memperbaiki kelemahan-kelemahan yang saya bicarakan di forum. Inilah masalah yang akan timbul apabila portal monsunbiz itu dikendalikan oleh bukan monsuner. Kita tak dapat mengawal dan menentukan halatuju monsunbiz.

Namun sejak akhir-akhir ini saya mulai terfikir untuk membangunkan projek sendiri yang persis kepada monsun-biz dan mudah.my. Pelan awal seperti source kod untuk projek sudah mula saya kumpulkan. Cuma nak mula tu macam payah.  Sebab dah lama tak buat FULL CoDING Website.

Apabila kita tidak dapat mengawal sendiri laman web monsun-biz, maka idea membangunkan portal sediri yang seakan monsun-biz dan mudah.my mulai bermain di fikiran. InsyaAllah sekiranya keadaan sesuai saya akan membuat lakaran awal projek. InsyaAllah semua hasil projek saya akan dikongsikan kepada semua monsuner secara PERCUMA.

Sebulan lepas saya telah membuat review istimewa tentang Maroon-Online. Dan baru-baru ini saya telah membentangkan perbandingan antara mudah.my dengan monsun-biz.com. Sila semak artikel saya di forum. Sebab ia adalah sulit. Hanya monsuner yang berdaftar di forum sahaja yang dibenarkan membaca review tersebut.

Juga saya pernah membuat review-review mengenai blogstarz.my dan hyperiklan.com. Sila semak artikel saya di forum. Gunakan fungsi carian di Forum.

Kepada semua monsuner. Kita sebenarnya adalah satu komuniti. Bukan kerana kita adalah pembeli pakej monsun semata-mata. Tetapi sebab kita ada satu komuniti yang memiliki matlamat juang yang sama. Jadinya, janganlah anda melarikan diri dari kami. Bukan mudah dapat mengumpulkan seramai lebih kurang 1200 orang yang berkomitmen tinggi dalam satu-satu komuniti.

Kepada sesiapa yang menghadapai masalah i-gomobilem, sila rujuk artikel mengenai i-gomobile di forum. Masih banyak maklumat yang anda semua tidak tahu. Maaflah, mengenai PG2020 saya masih tidak memperoleh lagi. Kenapa ada masalah PG2020? Jawapannya ada di Forum. Siap dengan rakaman audio dari encik Sidek sendiri. Kami merakamnya semasa di perjumpaan pada 17 Oktober lalu.

Mengenai penstrukturan semula Monsun. Saya dapat berita bahawa proses fasa penyempurnaan beberapa FEATURE monsun-biz.com akan dapat disiapkan pada bulan Februari 2009. Betul atau tidak kita tunggu pada tarikh tersebut.

Oh ye, kami juga ada membuka beberapa Forum khas untuk orang-orang luar iaitu bukan monsuner (pelawat bebas atau pemerhati) untuk memberikan komen, idea dan pandangan anda di forum. Cuma anda perlu mendaftar dan kami telah bukakan 2 jenis forum untuk anda semua berbicara.

Sekian sahaja dari saya..

Wassalam.

Share/Save/Bookmark

Jadilah Yang Pertama Memberi komen Untuk “Monsunbiz.co.cc Berpindah ke URL Baru”


Komen/Ulas Catatan Ini:

.:Klik dan Seret Ikon ke dalam Borang Komen:.
:haha: :ooo: :dsadsad: :sd: :dsadasccc: :dsadas:

Spam Protection by WP-SpamFree