Kepada Pelawat Yang Dikasihi !! Assalamualaikom dan Salam Sejahtera!!
Terima Kasih Kerana sudi Melawat Monsun Blog Komuniti.
Kepada Monsun Landlord, Anda bolehlah mendaftar untuk mendapat kelebihan yang disediakan!
Gigasize : Gigasize Banner

Biji RSS 1.0 Top 10 Iklan Terbaru di Monsun-biz

iklan terbaru monsun-bizTeknologi RSS amatlah popular sehingga ianya diintegrasikan oleh hampir kesemua vendor teknologi IT.

Namun saya kesal kerana pihak teknikal monsun-biz.com tidak menyediakan teknologi tersebut.

Sebagai menggantikan kekecewaan tersebut, pihak teknikal monsunbiz.co.cc telah berjaya menghasilkan biji RSS atau dalam bahasa orang putihnya “RSS FEED” untuk Top 10 Produk Terbaru di Monsun-biz. Buat masa ini hanya RSS dengan mengikut paten RSS 1.0 dihasilkan dahulu.

Apa Kelebihan yang ada pada RSS dan apa kebendanya itu? Saya malas nak berceroteh panjang. Artikel yang ringkas telah disediakan di:

Buat masa ini RSS ini akan menyenaraikan 10 iklan terbaru yang dipaparkan di Monsun-biz. Untuk sebarang idea, komen atau cadangan yang menarik bolehlah isikan borang ulasan dibawah.

BAGAIMANA RSS tersebut dihasilkan?

RSS tersebut dihasil dan diproseskan diluar laman web monsun-biz.

Mula-mula sekali kita bangunkan LELABAH atau PENJALAR Terprogram atau dalam bahasa omputehnya ialah “SPIDER BOT” atau “CRAWLER BOT”.

monsunbiz RSS bot spider

Tugas LELABAH monsunbiz.co.cc ini sangat unik. Ia akan menyamar seperti pelayar web sambil menyalin seluruh laman dan memecahkan kod-kod HTML monsun-biz.com dan kemudiannya menapis mana-mana bahagian penting seperti tajuk, imej dan keterangan.

Maklumat Kod-kod tersebut kemudian ditapis lagi untuk membuang kod-kod HTML dan mana-mana kod yang tidak diperlukan. Dalam bahasa omputeh dipanggil FILTERING atau SANITIZING. Hasilnya adalah kumpulan-kumpulan data yang terpenting untuk membentuk jaluran kandungan RSS. Data-data ini kemudiannya disumbat didalam TEMPLATE RSS 1.0 yang dijanakan.

RSS yang dijanakan akan disimpan secara statik atau “CACHED” di server bagi mengurangkan beban pemprosesan di server apabila terlalu banyak permintaan/request.

Bagi memastikan LELABAH ini sentiasa bekerja macam kita juga yang kena bekerja setiap awal pagi atau malam. Kalau datang lewat ke tempat kerja kena potong gaji. hahaha… Maka kita setkanlah jadual dan keadaan kerja untuk LELABAH ini jadinya bolehlah menjalankan tugas mengikut masa dan keadaan yang ditetapkan. Tetapi kesian kat LELABAH ini sebab kena bersedia menjalankan kerja 24 jam setiap hari seumur hidup. Huhu…

Itulah sahaja projek yang dapat kami bangunkan untuk kemudahan orang ramai meninjau produk baru di monsun-biz. Saya bukanlah orang MIRSB atau penyokong mereka. Cuma usaha kami adalah untuk “TANAH MAYA” saya dan semua pihak monsuner ini–>monsun-biz.com.

Gunakan biji RSS tersebut dengan sebaik mungkin. Janganlah menyalah gunakannya pula. Ni baguslah dapat buat satu jenis RSS. Itupun sekiranya terlalu ramai yang akses seperti aggregator, reader dan parser…banyak  makan “server resource“.

Sekian sahaja artikel saya kali ini.

Wassalam…

Share/Save/Bookmark

Ada 2 Komen Untuk “Biji RSS 1.0 Top 10 Iklan Terbaru di Monsun-biz”

Land0146

January 8, 2009 @ 7:26 pm

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan tahniah kepada anda yang terlibat kerana berjaya menyediakan RSS Feed Monsun-Biz.com itu.

Dan saya menyarankan kepada semua landlord-lanlord Monsun-Biz.com yang mempunyai laman web sendiri ataupun Blog sendiri, agar anda memasukkan RSS Feed tersebut kedalam laman web dan juga Blog anda itu… Supaya ini dapat mempopularkan lagi laman web Monsun-Biz.com kita itu…

Saya amat percaya, banyak kegunaannya RSS Feed Monsun itu jika kita menggunakannya secara bijak…

[Balas]

Monsun Landlord

January 9, 2009 @ 2:41 pm

Terima kasih kepada Land0146 (OringTech) atas penghargaan dan saranan anda.

Sebenarnya RSS adalah sebahagian daripada teknologi Sindikasi dan ada beberapa format, standar atau bentuk sindikasi lain seperti ATOM, OPML, JavaScript dan HTML.

InsyaAllah sekiranya tiada aral melintang, saya akan bangunkan beberapa aplikasi sokongan untuk monsun biz.

[Balas]

RSS feed: Langgan Komen dari Tulisan ini

· TrackBack URI


Komen/Ulas Catatan Ini:

.:Klik dan Seret Ikon ke dalam Borang Komen:.
:haha: :ooo: :dsadsad: :sd: :dsadasccc: :dsadas:

Spam Protection by WP-SpamFree