Kepada Pelawat Yang Dikasihi !!
Assalamualaikom dan Salam Sejahtera!!
Daftar di Monsun Blog Komuniti
Lawati Forum Komuniti Monsun dan Daftar
Pengumuman !!
Sebarang isu, tulisan dan komen adalah bersifat peribadi dan bukanlah menggambarkan kenyataan dari pihak pengurus Monsun-biz.com dan MIRSB semata-mata kecuali yang dinyatakan. Web ini hanyalah Platfom untuk menyebarkan dan berkongsi idea,nasihat,tip dan pengalaman anda.
Monsunbiz.co.cc Tidak boleh diakses…
Assalamualaikom dan salam sejahtera.
Nampaknya sudah lama saya tidak menulis. Bukan nak kata sibuk, cuma saya sudah kurangkan sedikit aktiviti di internet terutamanya mengenai Monsun.
Oh ye. Forum Komuniti Monsun sudah berpindah ke alamat URL yang baru. Kami akan mengintegrasikan Google Apps ke domain utama monsunbiz.co.cc. Jadinya:
Untuk megakses Google Aps sila gunakan alamat url dengan sintek “www”:
http://www.monsunbiz.co.cc
Untuk mengakses forum, sila ke alamat berikut:
Assalamualaikom dan salam sejahtera,
Sebenarnya buat masa ini saya banyak menghabiskan masa untuk kerja-kerja penyelenggaraan Forum Komuniti Monsun. Agak jarang untuk saya sentiasa mengemaskini blog ini.
InsyaAllah, mudah-mudahan diberikan saya kekuatan untuk mengendalikan pelbagai medium untuk monsuner. Selain Blog dan Forum, saya juga dalam proses menyiapkan kerja-kerja Alternatif Monsun sekadar backup untuk proses REBRANDING Monsun.
Ya, masih mengenai msalah yang sama. Proses pembentukan G10 masih didalam mesyuarat. Sekiranya struktur organisasi ini sudah sempurna InsayAllah perjumpaan kali ke-2 dengan Datuk Zubir Yahya akan diadakan.
Saya pun pening kepala memikirkannya. Kami memerlukan monsuner yang masih ada harapan terhadap monsun agar tampil memberikan sumbangan berdasarkan kepakaran anda. Temui kami di Forum.
Monsun-biz dalam proses ke arah REBRANDING, sekiranya kita dapat balik bersatu maka bolehlah memberikan kejutan kepada DATUK ZUBIR agar dia segera melaksanakan proses itu.
Kepada semua monsuner, berikut adalah posting terbaru dari DREAM SYNDICATE:
Juga posting terbaru bulan november kepada semua monsuner:
Monsun-biz: Monsuner, Kemaafan Mahal Harganya
Semoga berjaya,
Wassalam…
Assalamualaikum
Ini lah yang terbaru dari monsunbiz.co.cc
Widget untuk 10 ltest item on monsun-biz.com
Dari Team Administrator monsunbiz.co.cc
Tahniah kepada pihak teknikal MIRSB kerana berjaya meningkatkan tahap keselamatan Portal Monsun-biz.com dengan penggunaan SSL (Secure Socket Layer).
SSL adalah teknologi keselamatan yang membuat data-data yang melalui saluran rangkaian di encrypt agar maklumat tidak bocor atau dicuri di pertengahan laluan rangkaian.
Buat masa ini monsun-biz dalam proses pembaikpulihan dan alamat SSL akan digunakan sepenuhnya.
Alamat untuk SSL akan bermula seperti berikut: https://
Alamat yang tiada SSL hanyalah: http://
Monsun-Biz Online Market Secured with SSL Certificate
Tidak lama lagi penggunaan: http://monsun-biz.com akan dipindahkan ke https://monsun-biz.com
Sekian berita dari Teknikal Monsun-biz.com
Assalamualaikom dan salam sejahtera.
Kepada semua Monsuner sekalian. Alhamdulillah saya baru sahaja kembali dari perjumpaan dengan Dr Zubir Yahya termasuk En Sidek dan Team Marketing MIRSB pada 17 Oktober 2008 lalu.
Kepada semua Monsuner dan Blogger-blogger Malaysia sekalian. Renung-renungkan salah satu tulisan kawan saya ini. Tulisan ini sudah lama dipaparkan sejak bulan Julai lalu. Tetapi baru sekarang saya menjumpai dan membacanya dengan penuh perasaan.
Diharap tuan-tuan dan puan-puan dapat menghayati apa yang hendak disampaikan oleh kawn saya ini. Sekiranya ayat-ayat atau perkataannya agak kasar, anggaplah bahawa dia sedang menyampaikan sesuatu yang amat penting, kekadang tempias juga.
Renungkanlah…
Dream Syndicate: Monsun-biz.com, antara ke’KUAT’an dan ke’TAKUT’an. Bossmailer, Spamming @ Blamming.
Tidak boleh dikongsi atau tidak mahu dikongsi ?
Semoga semua Monsuner dapat kembali dan bersemangat kembali. Portal monsun-biz adalah milik anda. Anda masih bertanggungjawab terhadapanya sehingga PORTAL ini DITUTUP…
Ceria bersama komuniti monsunbiz.co.cc -Teman Komuniti Monsun-biz anda!
Assalamualaikom dan salam sejahtera..
Alhamdulillah, pihak monsunbiz.co.cc telah berjaya menyempurnakan sistem teknologi RSS untuk produk monsun-biz.com.
Projek ini adalah sebahagian pembaikpulihan alternatif monsun-biz agar semua monsuner dan pelanggan mendapat manfaat daripada teknologi RSS ini.
Apa kelebihan RSS ini?
Rujuk halaman monsunbiz.co.cc berikut:
Pengenalan Asas Kepada RSS oleh monsunbiz.co.cc
Secara umumnya, fungsi biji RSS monsun-biz.com adalah untuk memaparkan lot-lot produk terbaru. Juga sebagai teknik mendapatkan trafik dari pelbagai sistem berasakan rss seperti rss aggregator, rss grabber dan rss content builder.
Teknologi ini adalah sebahagian daripada “Team Development” mosunbiz.co.cc. Terima kasih atas sokongan anda semua!!
Wassalam..
Tahniah kepada kesungguhan pihak MIRSB dan mereka yang terlibat dalam membangunkan semula portal iklan dan perniagaan Online yang berwajah baru.
Kini masalah paparan yang terhad, ruang pameran yang membosankan dan penggunaan menu yang ketinggalan zaman telah diperbaiki.
Saya akui, untuk meneruskan monsun-biz ini masih memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Siap ada yang menanggung kerugian atas kehilangan haiwan ternakan…hmm. Takziah kepada saudara kita itu. Dia adalah salah seorang monsuner yang bersungguh. Namun Allah hendak mengujinya..
Berbalik kepada sistem baru monsun ini. Saya kagum dengan paparan baru ini. Cuma saya merasakan pihak MIRSB dan yang menyokongnya perlu lebih peka terhadap masalah sistem dalaman. Maksud saya masih banyak lagi ‘bug’ dan kelemahan sistem wujud dan tidak tahulah sekiranya mereka tidak menyedarinya.
Saya dah jenoh menunggu maklumbalas pihak teknikal MIRSB yang tidak membalas sebarang email mengenai masalah sistem dan cadangan penyelesaiaannya.
Justeru sekiranya sesiapa orang dalaman MIRSB yang terbaca artikel saya kali ini diharap dapatlah menghubungi saya melalui email. zu9866[at]gmail.com
Paparan sudah cantik dan mengkagumkan saya. Namun masih ada yang kurang. Tapi saya tetap menyokong sebarang usaha untuk mempertingkatkannya.
Kepada semua monsuner semua!! Saya meminta ribuan maaf sebab jarang ONLINE. Sebab buat masa ini saya juga sedang sibuk dengan projek Web Development saya untuk CMS Video Khutbah Jumaat. InsyaAllah saya cuba untuk memberikan sebarang info terbaru berkaitan monsun dan projek2 dibawahnya.
Sekali lagi saya inginkan ingatkan. Teruskan monsun anda walaupun anda ada peluang pendapatan yang lain . Semoga berjaya.
Wassalam…
Sedikit perubahan terhadap paparan muka hadapan monsun-biz.com.
Wajah lama yang hanya memaparkan senarai iklan telah ditukar kepada senarai bergambar “Thumbnail”.
Kira oklah juga. Bilangan senarai telah ditambah termasuk yang bakal habis tempoh paparan.
Walaupun ada perkembangan sedikit, namun masih boleh meningktkan mutu paparan monsun-biz.com
Wassalam
Ajen-ajen,
Adalah dimaklumkan bahawa MIRSB Services Sdn Bhd telah bertukar kepada pengurusan yang baru di mana ia akan diketuai oleh Dato’ Dr Zubir Yahaya sendiri.
Bagi pengurusan top up I-gomobile, sila ikut prosidur-prosidur yang telah ditetapkan seperti di bawah.
1) Segala urusan pembayaran top up perlulah dimasukkan ke dalam akaun:
NAMA: MIRSB SERVICES SDN BHD - TEKUN
NO ACCT: CIMB 1420-0008238-050
Anda juga boleh membuat pembayaran secara tunai hanya di Pejabat MIRSB di The Mall.
2) Setelah proses pembayaran telah dibuat, anda perlulah emailkan ke email ini; mirsb.topup@gmail.com dengan memberi maklumat anda dan KEYWORD anda. Anda juga perlu fakkan slip pembayaran sebagai bukti pembayaran.
3) Setelah kedua-dua proses di atas selesai, pihak MIRSB akan memaklumkan kepada anda melalui email bahawa kredit anda telah dimasukkan.
Di harap anda dapat mengikut prosidur baru kami. Sekiranya pihak anda mempunyai sebarang pertanyaan dan kemusykilan, and boleh menghubungi pihak bertugas di The Mall.
Sekian, terima kasih.
PIHAK PENGURUSAN (21/07/08)
Apa yang saya tulis ini, hanyalah berdasarkan cara saya buat. Mungkin pengalaman saya ini belum cukup sebenarnya tetapi bolehlah ianya dikongsi dgn rakan-rakan niaga semua.
ADUAN - CALL CENTER MANAGER
Inilah satu-satunya aplikasi yg paling senang. ADUAN. Jgn buat flyers, tampal je kat dinding. Kos kita cuma A4 paper. I terima up to 60 sms sehari. Cari flat, vandalisme byk di penempatan flat. Bayangkan betapa banyaknya flat, taman, kawasan perumahan,etc di sekeliling kita? Selagi flat tu tak runtuh, selagi itulah income saya akan dpt. Baca Selanjutnya…
Assalamualaikum
Saya menjemput tuan tuan dan puan puan semua ke laman forum komuniti monsun
Inilah projek yang telah di war-warkan oleh noorem
Alhamdulillah, setelah beberapa malam kami bertungkus lumus , maka kami pun dah siapkan kepada anda gudang idea yang memerlukan pengisian dan penambahan dari masa ke masa.
Jadinya, kepada anda yang mengadu monsun ni macam kereta tak cukup spesifikasi bolehlah cukupkan apa spesifikasinya.
Dan hentikanlah spekulasi diluar. Bikin bocor periuk nasi orang buat apa ?
Kan baik jika kita sama sama duduk bincang dan berfikir untuk mamajukan monsun ini.
taklah penat kita bising bising jerit hidup monsun.
Kepada anda yang mempunyai masalah, boleh telefon saya di talian 017 7256198 (jangan marah saya kalau saya tak jawab, sebab projek takde sponsor kewangan buat masa ini )
akhir kata
majulah monsun untuk poket
majulah monsun untuk anda
majulah monsun untuk poket anda .
Mahadi Bin Hj Mahbol
Wealth Minds Technology
—– Forwarded Message —-From: Nur Hakam Zainal Abidin <hackham@gmail.com>To: Abd Mutalib Abdul Wahab <eliph166@yahoo.com>Sent: Tuesday, July 8, 2008 3:45:01 PMSubject: Re: Fw: Monsun - Our Online Market
Wa’alaikumsalam,
Okey… saya faham… iklan saya pun dah kena delete… dan saya dah buat lagi satu iklan yang menyatakan saya naikkan balik harga tu pada RM50 sebulan & minta maaf pada semua LLM & pihak MiRSB… tapi, pun kena delete… tak tahulah kenapa??? mungkin dah kena gam…
UPDATE: MIRSB sudah Ditutup. Harap maklum. Apa sahaja urusan terus kepada Dr Zubir.
Alhamdulillah,
Pihak MIRSB telah meletakkan Monsun di bawah pengurusan yang baru.
Melalui pengurusan baru ini mereka lebih perihatin terhadap isu-isu yang melanda semua Monsuner.
Malah mereka akan membuat semakan semula daftar untuk Monsuner bagi memudahkan proses “Follow Up” dan pengumuman terbaru. Kelas-kelas, roadshow, pembayaran dan urusan teknikal akan diuruskan. Baca Selanjutnya…
Assalamualaikum
selamat sejahtera,
Ramai diantara kita yang memikirkan.
bagaimana nak menarik pelanggan ?
tapi ramai lagi tak sedar………….
kenapa kita tak tarik pelanggan kepada pelanggan. Baca Selanjutnya…
Assalamualaikom semua…
Maaflah atas kelewatan menulis artikel disini.
Sebenarnya kami sedang dalam membangunkan portal komuniti Monsun yg baru.
InsyaAllah portal baru akan siap paling awal dalam hujung minggu ini.
Justeru saya mengharapkan anda semua jangan putus asa dengan Monsun.
Walau apa pun terjadi pada monsun…..ia tetap kepunyaan anda. Lot-lot Monsun itu milik anda.
Kenapa kita perlu berpaling 100% daripada menguruskan lot-lot Monsun? Baca Selanjutnya…